Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang menyerang Hospital Arab Al-Ahli yang terletak di tengah Gaza dan tindakan itu disifatkan sebagai ‘keganasan terancang’ dan ‘jenayah perang’.

Dalam satu kenyataan bertulis pada Rabu, OIC menekankan bahawa blok negara Islam yang terdiri daripada 57 negara itu mahu Israel bertanggungjawab atas keganasan, perbuatan jenayah dan serangan kejam terhadap rakyat Palestin.

Tindakan Israel tersebut jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan juga undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

OIC juga menggesa ahli masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melakukan satu intervensi bagi melindungi hak rakyat Palestin dan sekaligus menghentikan jenayah perang ini. -Media Perpaduan