Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Luar telah melancarkan tabung kutipan bagi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang kini berjumlah RM 81 juta, menghampiri sasaran asal RM 100 juta dengan dana awal dari kerajaan sejumlah RM 10 juta.

Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) telah ditubuhkan pada tahun 2002 di bawah subseksyen 9 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

Ia bertanggungjawab untuk mengumpul dan menyelaras apa-apa sumbangan kemanusiaan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin dan seterusnya menyalurkan sumbangan tersebut kepada rakyat Palestin.

Beliau ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan tabung AAKRP di Putrajaya mengatakan ini merupakan kutipan besar yang dilancarkan bagi menunjukkan solidariti Malaysia bersama perjuangan rakyat Palestin.

“Saya terharu dalam masa singkat, dengan dana awal, kita dapat kumpul lebih RM80 juta yang akan memenuhi matlamat diumumkan peringkat awal iaitu RM100 juta.

Ini menunjukkan keprihatinan syarikat kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam,” katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa tabung ini akan pasti disalurkan terus kepada rakyat Palestin yang terjejas ketika ini bagi keperluan perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas lain.

Antara penyumbang terbesar bagi tabung ini sehingga kini termasuk Yayasan Albukhary RM 15 juta, Khazanah Nasional Bhd RM 15 juta; serta RM 5 juta daripada YTL Corporation Bhd. – Media Perpaduan