Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan terbaru Israel keatas Hospital di Gaza adalah keterlaluan dan tiada perikemanusian.

“Saya juga turut menggulangi beberapa kenyataan yang dibuat dan mendukong kenyataan beberapa pimpinan negara luar yang menyatakan kesal dan mengecam pengeboman Hospital di Gaza”.

“Apa pun dituduh, siapa pun, maknanya ini kesan dari serangan dan perang, sebab itu sebaiknya hentikan dan ini masa untuk kita redakan keadaan,” katanya

Anwar juga menegaskan sekiranya ianya diteruskan maka mangsanya adalah wanita, anak-anak dan pesakit, ini sudah sampai tahap gila dan hilang perikemanusian.

Perdana Menteri juga kesal dengan negara barat yang sering bercakap soal hak kemanusiaan rupanya ada kategori manusia kelas satu, ada manusia kelas hamba dan ini yang kita bantah sekeras-kerasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan pembukaan dan merasmikan Simposiun Laluan Ke Arah Kesejahteraan Lebih Baik Untuk Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Anwar berkata, esok beliau akan ke Riyadh Arab Saudi untuk menghadiri Persidangan Tetap antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Asean, bagi membincangkan langkah dan tindakan yang perlu untuk tindakan terhadap kekejaman regim Zionist Israel terhadap semenanjung Gaza.

“Selepas GCC, Perdana Menteri, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman minta saya hadir untuk lawatan sehari bagi berbincang.

“Saya akan fikirkan keperluan berbincang dengan beberapa pemimpin sama ada saya perlu jelajah beberapa negeri atau melalui telefon sahaja.” Katanya – Media Perpaduan