Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Belanjawan 2024 memperuntukkan lebih RM788 juta Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berbanding RM450 juta tahun lalu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan bagi Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak RM788,130,000 diperuntukkan untuk BAP 2024.

Bayaran sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) akan memberikan manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murud.

Ia akan disalurkan bermula bulan Janauri 2024 melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

KPM percaya ia mampu meringankan beban ibubapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

Ia sekali gus menjawab persoalan ibu bapa yang dilaporkan kecewa apabila ia tidak disebut di dalam pembentangan belanjawan berkenaan pada Jumaat lalu.

Selain itu, peruntukan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut dinaikkan kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Elaun murid berkeperluan khas diperuntukkan sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta tahun sebelumnya.

Jumaat lalu, Belanjawan 2024 memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion kepada Kementerian Pendidikan, sekali gus mengekalkan pendidikan sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) pada 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023. Sumber: Berita Harian