Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SEJUMLAH RM393.8 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia merupakan peningkatan ketara berbanding Belanjawan 2023 dengan peruntukan RM372.3 bilion dan Bajet 2022 berjumlah RM322 bilion.

Perdana Menteri berkata, belanjawan bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ menyediakan RM303.8 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM90 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka.

“Perbelanjaan ini membabitkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.

“Penambahan ini menunjukkan kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal mengembang dan pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan ini adalah yang kedua dibentang di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Pembentangan Belanjawan 2024 disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan dan media sosial. -Media Perpaduan