Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KERAJAAN negeri Pahang hari ini merekodkan sejarah tersendiri apabila kutipan hasilnya tahun ini terus mencecah RM1 bilion.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penutupan Karnival Tanah Pahang 2023 di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis, hari ini

“Alhamdulillah, kutipan hasil Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini telah mencecah RM1.018 bilion.

“Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak terutamanya kepada YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan semua pegawai daerah serta agensi negeri dan Persekutuan atas usaha dan komitmen yang diberikan bagi mencapai kutipan ini terutamanya menerusi Karnival Tanah Pahang 2023,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Wan Rosdy berkata, ia merupakan tahun kedua berturut-turut, Pahang mengutip hasil kerajaan negeri melebihi RM1 bilion.

Beliau berharap negeri Pahang terus kekal stabil dan makmur demi kesejahteraan dan keharmonian bersama.- Malaysiapost