Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KERAJAAN Selangor terus mengotakan janji tawaran Tekad Kita Selangor ketika kempen Pilihan Raya Negeri lalu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dua lagi tawaran Tekad Kita Selangor akan diumum dan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri.

Ia meliputi bantuan baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada mahasiswa serta inisiatif RM1,000 kepada 5,000 wanita berkerja bagi mengurangkan kos penjagaan anak.

“Inilah pentadbiran yang melaksanakan janji, mempunyai perancangan dan visi untuk negeri dan rakyat dan mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang,” katanya di Facebook.

Semalam Amirudin mengumumkan pelaksanaan tiga daripada lima tawaran Tekad Kita Selangor bermula bulan ini, seperti dijanjikan pada Julai.

Tawaran merangkumi pengecualian cukai taksiran 426,656 rumah kos rendah dan kampung untuk penggal kedua tahun ini melibatkan implikasi kewangan RM29.415 juta.

Bayaran kepada 760 imam negeri ini ditingkatkan sebanyak RM200 kepada RM1,500 manakala elaun bagi 1,900 nazir, bilal, dan siak juga dinaikkan RM50 sebulan kepada RM300 (nazir), RM340 (bilal) serta RM290 (siak).

Amirudin turut mengumumkan insentif RM1,000 kepada 500 golongan petani dan nelayan berbentuk RM500 tunai manakala baki menerusi input peralatan. -Media Perpaduan