AHLI Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How akur untuk lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat Al Quran agar tida menimbulkan salah faham terutama di media sosial.
Perkara itu dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang menyifatkan pertemuannya dengan pemimpin muda DAP itu sebagai sangat membina dengan persefahaman iaitu Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.
“YB (Yang Berhormat) Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Pertemuan Dr Mohd Na’im dan Howard Lee berlangsung di sebuah hotel di Kuala Kangsar, Perak malam tadi susulan kontroversi isu tafsiran sendiri ayat al-Quran.
Sebelum ini, ahli politik DAP itu tampil memohon maaf berhubung isu berkenaan selepas video ucapannya tular di media sosial. -Media Perpaduan