Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

QAZAF merupakan dosa besar termasuk dalam kategori jenayah hudud yang tidak sepatutnya dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat Islam.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, qazaf atau tuduhan zina mahupun liwat tanpa empat saksi mata merupakan dosa besar dalam Islam.

Dalam hantaran di Facebook, beliau menegaskan, hukuman jelas disebut dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Nur:4 iaitu hukuman pada pelaku yang melakukan tuduhan tersebut adalah sebat sebanyak 40 rotan, tidak diterima kesaksian dan dihukum fasik dalam Islam.

“Dosa ini tidak wajar dijadikan bahan lawak jenaka atau permainan politik. Sangat malang apabila semakin ditegur semakin galak sebilangan ahli politik membuat rakaman video membuat tuduhan qazaf.

“Kita boleh berbeza pendapat dan sentimen kepartian tetapi tidak wajar mempermainkan hukum Islam.

“Dosa qazaf tidak wajar dinormalisasikan atas nama perbezaan politik kepartian. Para Asatizah kena beramai-ramai menegur normalisasi dosa ini agar umat Islam terselamat dari bala bencana,” katanya. -Media Perpaduan