Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PROGRAM Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah berjaya mengubah hidup Nurul Hidayah Fadira Hassan Basri apabila mampu memperolehi pendapatan RM3,000 sebulan.

Beliau yang menyertai IPR di bawah Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) yang menjual makanan menerusii mesin vendor, kini mampu tersenyum lega.

Wajah gembiranya jelas terpancar dan dapat dilihat di klik video yang dikongsi dalam hantaran di Facebook Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, hari ini.

“Perasaan saya sangat gembira sejak sertai IPR, saya boleh ubah hidup saya memang membantu saya sangat-sangat dalam menambah pendapatan bulanan saya,” katanya.

Nurul Hidayah yang meletakkan mesin vendor di Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, sebanyak 150 bekas makanan habis dijual setiap hari.

“Saya menyertai program ini pada 14 Jun, dan prosesnya tak lama hanya dua minggu. Syaratnya tak susah, perlu pastikan ada suntikan typhoid, patuhi syarat borang perjanjian yang ditetapkan.

“Kemudian pihak Kementerian Ekonomi hantar mesin dan saya dah boleh terus beroperasi,” katanya.

Sementara itu, Rafizi dalam hantaran itu menyeru orang ramai yang mahu mengubah hidup mereka seperti Nurul Hidayah untuk menyertai program IPR Kerajaan Perpaduan.

“Puan Hidayah berjaya menjana pendapatan tambahan RM3,000 sebulan melalui vending machine IPR.

“Ini antara salah satu pendekatan berbeza bagaimana Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah templat INSAN mengubah nasib peserta menjana pendapatan.

“Menerusi IPR, kita akan teruskan usaha menoktahkan kemiskinan tegar. Daftar sebagai peserta IPR di https://ipr.ekonomi.gov.my/sign_up ,” katanya. -Media Perpaduan