Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KERAKUSAN dan persaingan kuasa besar dunia dilihat memberi kesan negatif kepada negara-negara kecil terutama di kawasan konflik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua negara perlu berlandaskan kembali kepada piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam membawa keamanan seluruh dunia.

“Kita hidup dalam dunia yang sangat terpolarisasi. Kami melihat persaingan kuasa besar berlaku dengan akibatnya yang akan memberi kesan negatif kepada negara, terutamanya yang lebih kecil, di kawasan konflik.

“Hasilnya ialah kita berhadapan dengan dilema geopolitik dan geostrategik, sementara kuasa besar terus memberi jaminan bahawa pilihan binari tidak dikenakan, namun realiti bagi banyak negara bahawa ia adalah satu-satunya pilihan yang ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, hari ini.

Perdana Menteri yang memilih busana Melayu biru muda tampak bergaya di atas pentas UNGA di hadapan para pemimpin dunia.

Ini merupakan kemunculan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri pada perhimpunan tahunan organisasi dunia tersebut.

Anwar menegaskan, kerakusan kuasa-kuasa besar mencetuskan dilema yang menyaksikan lebih ramai manusia tidak diwakili secara global berbanding sebilangan kecil pemerintah.

“Ini akan akhirnya membawa sekali lagi dimana orang ramai tidak diwakili, di mana sebilangan kecil sahaja yang memerintah semua, dan ia membawa kepada kebencian.
“Cita-cita dan prinsip tinggi yang termaktub dalam PBB Piagam menyeru negara untuk menyelesaikan pertikaian mereka melalui cara aman.

“Serta menahan diri daripada ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap integriti wilayah dan kedaulatan atau kemerdekaan politik mana-mana negara,” katanya. -Media Perpaduan