Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PERKARA 145 dalam Perlembagaan memperuntukkan budi bicara kepada Peguam Negara (AG) dan itu tidak boleh dipersoal, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu menegaskan, Perkara 145 memberi hak kepada Peguam Negara menggunakan budi bicara dalam menentukan keputusannya.

“Budi bicara AG tidak boleh dipersoal. Setiap AG ada kuasa dakwa dan lepaskan. Bila hakim membebaskan, tak semestinya tak boleh didakwa.

“Pelbagai AG terdahulu termasuk Tan Sri Tommy Thomas pun banyak kes telah dilepaskan. Sebab itu kerajaan komited memiisahkan AG dari pendakwaraya,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit dan mempertikaikan tindakan lepas dan bebas itu akan menjadi trend baru berdasarkan kepada alasan kesembilan yang dikemukakan dalam kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Azalina kemudiannya menjawab dan sekali lagi menegaskan, Perkara 145 memperuntukkan Peguam Negara tidak perlu melaporkan keputusannya kepada kerajaan terlebih dahulu.

“Tiada apa dalam Perkara 145 yang menyatakan bahawa AG harus lapor pada menteri atau kabinet. Budi bicara adalah hak AG dalam perlembagaan.

“Di United Kingdom, AG bukan orang politik, budi bicara terkawal. Di Australia, AG boleh jadi “front bench”. Kalau saya boleh jadi AG, berkemungkinan ada selective prosecution. Kita tak jadi kerana besar,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perbahasannya, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang membidas Perikatan Nasional (PN) kerana tidak membuat apa-apa untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya ketika gabungan itu berkuasa menjadi kerajaan.

“Kenapa tak pisah masa jadi kerajaan? Duduk situ cakap pun tidak. Sebab tu kita ‘we walk the talk’ mereka ‘dont talk dont talk’,” katanya. -Media Perpaduan