Sorting by

×
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir ke sesi perjumpaan bersama pengurusan dan warga Jabatan Audit Negara di Putrajaya, 1 September, 2023. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bidang kuasa Jabatan Audit Negara (JAN) diperkukuh dan diperluaskan supaya dapat merangkumi peranan institusi hisbah atau ombudsman.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tanggungjawab tambahan diberikan kepada JAN supaya kementerian dan jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri memandang serius setiap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

“Ini masih dalam perbincangan tapi yang penting kita mahu perluas bidang tugas JAN,” katanya kepada media selepas mengadakan perjumpaan bersama pengurusan dan warga JAN, semalam.

Anwar berkata, peranan audit itu perlu ‘muhtasim’ (disegani) bukan sahaja audit dari segi kewangan tetapi audit dari segi pematuhan kepada peraturan dan prinsip bagi mengelak daripada kecurangan sama ada dalam bentuk rasuah, ketirisan atau kecuaian.

Beliau menegaskan pengabaian terhadap budaya tidak mengendahkan teguran LKAN perlu dinoktahkan terutamanya teguran terhadap salah guna kuasa, kecuaian atau penipuan.

Katanya, ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1998, beliau mengangkat LKAN sebagai suatu dokumen yang penting dan ketika menjadi Ketua Pembangkang pula, beliau meneliti setiap helaian LKAN untuk memberi teguran keras kepada kerajaan.

Mulai sekarang, kata Anwar, setiap teguran itu mesti dijawab sekiranya ia berlaku.

“Sebab itu tahun ini, sebaik LKAN dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, semua menteri termasuk ketua setiausaha dan ketua pengarah masing-masing diwajibkan untuk meneliti laporan ini dan memberi jawapan atau tindakan yang memuaskan,” katanya.