Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar bantuan setelah mendapat khabar berita penderitaan yang ditanggung anak seniman negara P Ramlee, Sazali.

“Lantaran itu, saya telah mengutuskan Setiausaha Politik saya saudara Ahmad Farhan Fauzi untuk segera ketemu saudara Sazali dan menyampaikan bantuan daripada pihak saya,” kata beliau dalam hantaran Facebook.

Sazali telah terlibat dalam kemalangan dan kini telah menjadi orang kurang upaya manakala isterinya memerlukan rawatan segera untuk masalah tulang belakang dan saraf leher.