Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Lebih banyak masa wajar diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan ekonomi negara, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda sultan berkata waktu yang lebih diperlukan oleh Anwar kerana masalah krisis kewangan yang dihadapi Kerajaan Perpaduan amat mencabar.

“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa,” titah baginda pada Sabtu, The Star melaporkan.

Selain itu, baginda turut melahirkan rasa lega kerana lawatan rasmi Anwar ke China pada awal tahun ini berjaya membawa kembali banyak hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Delegasi lawatan yang bermula pada 29 Mac hingga 1 April itu menyaksikan Malaysia memperoleh komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China.

Johor turut mendapat sebahagian besar daripada komitmen berkenaan dengan pelaburan RM80 bilion daripada syarikat petrokimia terbesar China, Rongsheng Petrochemical Co Ltd.