Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Keputusan untuk menyekat produk laut Jepun susulan Tokyo melepaskan air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima ke laut belum dimuktamadkan.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kajian sedang dilakukan bersama Kementerian Kesihatan dan pihak berkaitan alam sekitar.

“Setakat ini belum putuskan (sekatan),” katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan Show-Tech MARDI 2023 di Taman Ekso Agro Malaysia Serdang (MAEPS).

Keputusan akan dibuat berdasarkan hasil kajian tersebut.

“Banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang telah membuat pendirian dan kita akan bersama dengan mereka sekiranya hasil kajian itu menunjukkan bahaya kepada penduduk,” katanya.

Pelepasan air radioaktif ke Lautan Pasifik yang bermula semalam telah dikecam oleh China, Korea Utara dan Hong Kong. China dan Hong Kong juga telah melaksanakan sekatan terhadap kawalan import makanan laut Jepun.

BACA JUGA: Keselamatan makanan tidak dikompromi