Sorting by

×
Interview with Rafizi Ramli, Thursday, September 13, 2018. RAJA FAISAL HISHAN/The Star.
Hantar Berita Ini:

Dasar gaji progresif akan dilaksanakan pada bulan April atau Mei tahun depan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Menurutnya, sasaran tersebut mengambil kira peruntukan yang akan dimasaukkan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada Oktober.

“(Perdana Menteri Anwar Ibrahim) sudah memberikan indikasi jumlah, kita akan melalui proses belanjawan,” katanya dalam sidang media selepas majlis di Asia School of Business di Kuala Lumpur.

“Kita juga akan melihat pada peringkat mana ia akan dilaksanakan, seperti kumpulan spesifik mana yang akan terbabit dan itu akan menggambarkan komitmen kewangan daripada kerajaan,” tambahnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Ogos berkata bersifat sukarela, selain berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.