Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Seramai 12 wakil sektor swasta dan industri telah mengisi Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri (MED4RIN) untuk merangka dasar, menasihat dan membimbing pembangunan ekosistem ekonomi digital.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, pakar-pakar terpilih itu terdiri daripada pelbagai bidang dan dikumpulkan setelah menyaring ribuan pemohon.

MED4IRN bertanggungjawab merangka dasar, berkongsi nasihat pakar, dan membimbing pelaksanaan pada semua peringkat pentadbiran dan sektor ekonomi, menurutnya.

“Melalui rangka kerja MED4IRN, kerajaan mengambil pendekatan bersepadu dalam membangunkan ekosistem ekonomi digital yang cergas. Ini dilakukan melalui pembentukan dasar, pelaksanaan inisiatif, dan pendanaan yang melibatkan kedua-dua sektor awam dan swasta,” kata Rafizi.

MED4IRN dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anggota Jemaah Menteri lain di dalam MED4IRN adalah seperti berikut:

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz;
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang;
Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri;
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil;
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.