Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan India yang berjaya mendaratkan kapal angkasa Chandrayaan-3 di kutub selatan bulan semalam sebagai kejayaan untuk Asia.

“Mengutuskan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi dan rakyat Republik India atas kejayaan mendaratnya pesawat ruang angkasa India Chandrayaan-3 semalam di kutub selatan bulan yang belum pernah diterokai manusia,” kata beliau menerusi laman Facebook.

“India kini telah menawan bulan, dan saya melihat kejayaan ini tidak hanya kejayaan India semata tetapi juga kejayaan buat Asia dan segenap warganya.”

Beliau turut menyifatkan pencapaian tersebut sebagai membuktikan bahawa kini masanya untuk “The Asian Century”.

“Malaysia turut berbangga atas pencapaian ini dan ternyata ini adalah “The Asian Century”.”

“The Asian Century” ialah satu konsep yang telah beliau teroka di dalam buku beliau, The Asian Renaissance, merujuk kepada zaman kebangkitan benua Asia.