Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan varian baharu Covid-19 BA.2.86 belum dikesan di negara ini. Walau bagaimanapun pemantauan berterusan bagi mengekang penularan varian itu akan diteruskan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan varian BA.2.86 sebagai varian di bawah pemantauan dan variant tersebut mempunyai 36 mutasi berbanding varian XBB.1.5.

Sebagai langkah pencegahan beliau turut menyeru rakyat yang layak untuk mendapatkan suntikan vaksin dan menggalakkan masyarakat menggunakan pelitup muka.

Jumlah kes harian Covid sekarang kurang daripada 8,000 kes.