Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di Hospital Kuala Lumpur.
Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan perkara itu menerusi hantaran ringkas di laman Facebook malam tadi.
“Buat masa ini, saya masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan atas nasihat mereka, saya perlu berada di hospital sehingga esok pagi (Isnin), Insya-ALLAH,” katanya.