Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan semua pihak untuk mempertautkan ukhuwah dan mengukuhkan perpaduan memandangkan pilihan raya negeri sudah selesai.

“Telah selesai pilihan raya 6 negeri, kini tiba masanya untuk kita mempertautkan ukhuwah (persaudaraan) dan kukuhkan perpaduan yang bertujuan untuk membangunkan negeri dan negara secara bersama.”

Beliau berkata demikian dalam bebenang ciapannya di X dan turut menyisipkan surah al-Hujurat ayat 10 sebagai pedoman.

Beliau yang juga presiden UMNO turut berkata bahawa sekarang ini masa untuk berganding bahu membangunkan kehidupan yang harmoni dan semangat saling menghormati, berempati dan menjaga hak dan keadilan agar negara stabil dan sejahtera.

“Islam menganjurkan kita untuk berlapang dada dan mencari damai agar kita bersatu mengerah segala kudrat dan tenagauntuk bergerak secara kolektif dalam mewujudkan perubahan positif yang menyumbang ke arah kebaikan bersama.”

“Beliau turut berdoa agar kesepakatan dan kesepaduan wujud agar perpaduan diperteguhkan sehingga negara memperoleh keberkahan dan lindungan Allah.