Sorting by

×
SHAH ALAM, 17 Ogos -- Keadaan motorsikal yang turut terbakar di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam hari ini. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Hantar Berita Ini:

Operasi mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, semalam disambung pada jam 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi berkata operasi hari ini menumpukan kepada proses ‘sweeping’ di tempat kejadian.

Dia berkata satu sidang media bagi memperincikan operasi tersebut dijangka diadakan pada jam 9.30 pagi ini, sama ada oleh Ketua Polis Negara Razarudin Husain atau Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Semalam 10 lelaki disahkan maut dalam kejadian itu.

Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Johari Harun.

Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan berkenaan, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.48 petang.