Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kementerian Pengangkutan akan meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menyiasat kesemua pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang digunakan di Malaysia memandangkan kementerian tiada hasrat untuk menggantung operasi kapal terbang tersebut.

“Saya akan minta CAAM menyiasat dan sebarang keputusan akan diambil secara berhati setelah siasatan oleh pakar teknikal dan pihak berkuasa,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Tiada keputusan terburu-buru telah diambil buat masa dan sudah tentu CAAM akan menjalankan penyiasatan terperinci ke atas model pesawat yang digunakan di Malaysia.”

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menantangani memorandum persefahaman yang melibatkan Yinson Holdings Bhd, RRJ Capital dan Farosson.

Semalam sebuah pesawat BeechcraftModel 390 (Premier 1) terhempas berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam.

Nahas tersebut mengorbankan 10 orang termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat dari Langkawi ke Subang terhempas meskipun mendapat kebenaran untuk mendarat.