Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakyat sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur kerana tidak dapat hadir seperti dijadualkan sebelum ini.
Beliau difahamkan akan menziarahi waris mangsa tragedi pesawat terhempas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimiah, Klang.
“Maaf teman-teman di Sri Petaling. Saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan kemudian akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimiah, Klang,” katanya di Twitter.
Dengan pengumuman itu, program di Sri Petaling ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Program di Sri Petaling pada asalnya dijadualkan seusai solat Jumaat.