Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan bahawa 54,000 permohonan kewarganegaraan merujuk kepada jumlah permohonan dari 2017 sehingga 2022 di bawah perlembagaan dan bukannya 54,000 permohonan warga China.

“Berdasarkan rekod KPN dari 2019 hingga 31 Julai 2023 hanya 45 orang individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan.”

JPN berkata demikian ekoran tularnya dakwaan bahawa 54,000 warga dalam proses menjadi warganegara di sini telah mengundi DAP di dalam pilihan raya negeri di enam negeri.