Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar akan melipatgandakan usaha mendapatkan keyakinan rakyat.

“Saya sedar ada seruan (untuk meletakkan jawatan). Saya berikrar, dengan bantuan pimpinan parti, saya akan berusaha lebih untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat,” katanya dalam satu temuramah eksklusif dengan The Star.

“Kita akan meneliti pendekatan dan strategi. Kita akan menerima pakai yang baharu, supaya kami boleh memenangi hati dan fikiran pengundi sekali lagi,” katanya lagi.

Seruan agar Zahid meletakkan jawatan meningkat ekoran daripada keputusan pilihan raya negeri di enam negeri yang menyaksikan hanya 19 dari 108 calon BN-UMNO menang.

Beliau menambah bahawa ini bukan kali pertama presiden UMNO digesa untuk melepaskan jawatan.

“Ini bukan kali pertama presiden UMNO berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan. Ia pernah berlaku sebelum ini kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan Datuk Seri Najib (Razak) apabila keputusan pilihanraya tidak memihak kepada kita,” katanya.

Meskipun saya bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya ini, ia juga adalah tanggungjawab bersama kepimpinan UMNO seperti mana yang dikatakan oleh (Datuk Seri) Johari (Abdul Ghani),” katanya.

Beberapa hari yang lalu Johari yang juga naib presiden UMNO menyatakan bahawa semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab di atas prestasi buruk di dalam pilihan raya negeri.

Zahid turut mengulas berkenaan kerjasama partinya dengan DAP di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kami melakukan beberapa sesi untuk menjelaskan perkara ini di peringkat bahagian. Mungkin, mesej itu tidak sampai ke akar umbi atau mungkin perlu dijelaskan lagi di peringkat itu.”