Sorting by

×
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertemu bersama kumpulan pelabur antarabangsa di Pejabat Perdana Menteri, 15 Ogos 2023. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SADIQ ASYRA
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan menemui pelabur asing untuk meneroka peluang pelaburan strategik.

Ini adalah selaras dengan visi Ekonomi Madani yang menekankan kepentingan penyertaan sektor swasta dan pelabur untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menggalak daya inovasi dan juga mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti serta berdampak tinggi.

“Perjumpaan ini disertai beberapa orang pelabur yang berpengaruh di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi dan syarikat yang berjaya, antaranya pengasas bersama laman Facebook Eduardo Saverin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital Raj Ganguly, pengasas WM Partners Alejandro Weinstein dan pengasas European Venture Funds Peter Kadas.

Anwar berkata perjumpaan kali pertama ini bertujuan untuk berkongsi pandangan serta meneroka kerjasama untuk mencapai matlamat ekonomi negara.

“Perbincangan turut menyentuh memberi soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama seperti teknologi dan inovasi, tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur, pelancongan serta hospitaliti, dan pembuatan.”

Sesi tersebut juga bertujuan “memupuk persekitaran bagi menggalakkan pelaburan langsung asing, memperkemas peraturan dan proses, meningkatkan tatakelola dan memastikan kemampanan jangka panjang serta menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dan pertumbuhan inklusif, dengan komitmen untuk mengutamakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan menyumbang kepada agenda pembangunan mampan.”

Anwar turut memberikan komitmen untuk menyediakan persekitaran mesra pelabur.

“Saya turut membuka ruang untuk para pelabur mengenal pasti peluang pelaburan yang sejajar dengan matlamat strategik di samping memenuhi keperluan masyarakat.

“Ini merupakan asas untuk potensi kerjasama dan pelaburan yang akan memberikan manfaat ekonomi yang besar untuk Malaysia dan rakyatnya. “

Beliau menambah bahawa kehadiran para pelabur yang berjumpa beliau bukan sahaja membuktikan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan malah membuktikan Malaysia mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa.