Sorting by

×
SKANDAR PUTERI, 8 Mac -- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada temubual oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di pejabatnya di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar baru-baru ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
Hantar Berita Ini:

Banyak faktor menyumbang kepada prestasi UMNO yang merosot di dalam pilihan raya (PRN) di enam negeri, kata naib presiden parti, Datuk Seri Khaled Nordin.

Ini termasuk juga penyokong UMNO yang merasa janggal dengan kerjasama yang melibatkan UMNO dengan pakatan yang pernah mereka tentang dahulu.

“Masyarakat belum lagi merasai nikmat dari usaha – usaha kerajaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia.

Beliau turut mengulas berkenaan gesaan agar presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.

Beliau berkata bahawa adalah mudah untuk masyarakat menggesa Zahid meletakkan jawatan tetapi itu adalah penyelesaian langkah pintas yang akan menyumbang kepada kekalahan UMNO.

“Walau bagaimanapun adalah lebih baik satu ‘post-mortem’ dibuat untuk mengenalpasti punca,” katanya.

Beliau berharap semua pihak akan bertenang agar ‘post-mortem’ boleh dijalankan.