Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dia sudah lama memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, dia berkata Mahathir bersikap keras hati.

“Saya maafkan semua, Tun Mahathir sudah lama saya maafkan. Tapi jangan buat lagi.

“Ni dah maaf, tendang lagi. Maaf, tendang sekali lagi,” kata Anwar dalam ceramah Grand Finale di Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan mana-mana pihak yang mencuri duit rakyat tidak akan dimaafkan oleh beliau kerana beliau tidak berhak memaafkannya.

“Tapi satu perkara tak tolak ansur you curi tanah, sakau REE, curi duit Jana Wibawa, saya akan mengencam sampai habis. Ini bukan duit saya, ini duit rakyat,” katanya.

Anwar yang menyambut hari jadi kelmarin turut diraikan dengan lagi selamat hari jadi oleh para penyokong PH dan BN.

Mereka yang hadir menyanyikan lagu “Allah selamatkan kamu” sempena hari ulang tahun kelahiran perdana menteri itu.