PAS memberi bayangan bahawa Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Adun Panchor Nik Mohd Amar Nik Abdullah akan mengetuai kerajaan negeri tersebut sekiranya PAS kembali ke tampuk pemerintahan.
“Perubahan gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar sekarang bagi negeri Kelantan dengan mengemukakan gabungan kepimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.”
Perkara ini dinyatakan oleh setiausaha agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berdasarkan keputudan mesyuarat jawatankuasa harian PAS Pusat semalam di Rusila, Terengganu yang dipengerusikan oleh presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang.
Nik Amar adalah pemimpin kerajaan Kelantan yang baru-baru ini menafikan bahawa Kelantan berdepan dengan krisis air.
Dalam pada itu, Takiyuddin turut menyatakan rancangan mengekalkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar Terengganu sekiranya PAS menang di dalam pilihan raya negeri esok.