Sorting by

×

Ramasamy keluar DAP

Aug 10, 2023
Hantar Berita Ini:

Timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy mengesahkan bahawa dia telah keluar dari partinya, berkuatkuasa serta-merta.

Mantan Adun Perai yang tidak dicalonkan kali ini mengesahkan beliau sudah menghantar surat keluar parti itu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, pukul 8.24 pagi ini serta kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri.

Ura-ura berkenaan tindakan ini dijangka semalam apabila beliau menjemput media untuk menghadiri sidang media hari ini.

Masalah antara Ramasamy dan DAP timbul apabila beliau tidak dicalonkan kembali.

Pimpinan parti bagaimanapun mengambil pendirian untuk meremajakan parti.