Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perikatan Nasional (PN) bukan sebuah parti yang prihatin kepada keperluan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Bahkan bagi beliau, orang yang prihatin tentang nasib rakyat tidak akan menyorok minyak masak sabsidi sebagaimana yang dilakukan oleh syarikat anak Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Kalau prihatin, mereka tidak tergamak sorok minyak masak,” kata beliau ketika berucap di Kuala Terengganu malam tadi di depan ribuan rakyat negeri yang ditadbir oleh Pas itu.

Anak Hamzah, Muhammad Faisal Hamzah, 39, didakwa bersama Azizul Abdul Halim, 55, kedua-duanya pengarah Rimba Merpati Sdn Bhd, iaitu pemegang lesen minyak masak borong.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd sebagai pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak masak telah memberikan maklumat palsu kepada KPDN.

Maklumat itu diberi semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan mengemukakan dokumen atau maklumat yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung Dokumen / Invoice Penjualan Minyak Masak kepada Pasar Segar Din Maju.

Kesalahan itu dilakukan pada 12 Ogos 2022, lebih kurang jam 5.00 petang di pejabat KPDN, Seremban 2.

Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mazni Nawi.

Bagi PM Anwar, PN juga bukan sebuah parti bersih dan best sebagaimana yang didakwa.

“Kalau best sangat, mereka tidak susun kontrak untuk anak dan menantu di saat rakyat bergelut dengan wabak,” kata beliau.

Beliau juga menolak dakwaan PN bahawa mereka mahukan kestabilan sebagaimana yang didakwa.

“Dan kalau betul stabil, mereka tak mungkin hanya mampu bertahan 33 bulan sahaja!” tempelak Anwar.

Di Padang Hiliran, Kuala Terengganu semalam beliau menekankan betapa amanah memimpin negara adalah amanah yang berat dan besar.

Justeru itu, katanya, menjadi pemimpin bukan untuk fikir perut anak dan menantu, tetapi memastikan kebajikan dan hak rakyat itu terbela.

“Saya juga menyebut kegagalan demi kegagalan yang dipertonton kepada kita selama 33 bulan di mana kini kita tahu elit penguasa saat itu mengelabui mata hati rakyat yang terjejas hidupnya kerana dampak wabak dengan retorik yang kononnya mereka prihatin.

“Cukuplah sekali, Perikatan Nasional,” kata beliau diiringi tepukan ge,muruh para hadirin.