Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Hasil dapatan Ilham Centre mendapati rakyat di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan mendapat skor lebih tinggi dalam hal ehwal pentadbiran berbanding negeri yang ditadbir PAS.

Pencapaian Ketua Menteri Pulau Pinang paling tinggi tahap kepuasan hati diikuti oleh Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Dalam konteks keseluruhan, tahap kecekapan pengurusan dan mentadbir, negeri PH menerima dukungan dari rakyat.

“Manakala negeri PAS mengakui bahawa wujud faktor kekurangan dalam melaksanakan pembangunan dan menjaga keperluan rakyat.

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperkenalkan rencana Malaysia Madani pula secara keseluruhan di tahap sederhana.

Majoriti di negeri tadbiran PH puas hati dengan Anwar manakala rakyat di bawah pentadbiran PAS sangsi terhadap beliau.

Dari sudut sokongan mengikut kaum pula, bukan Melayu menyokong usaha yang dilakukan dengan memberikan penilaian positif kepada Anwar berbanding dengan Melayu yang memberi kepuasan hati sederhana.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa pengaruh peribadi Anwar dapat mengalihkan sokongan kepada PH-BN di Kelantan.

Lebih dari separuh yang menjawab tidak pasti berbanding dengan terus menolak kemungkinan mengundi PH-BN.

Kajian oleh Ilham Centre ini membabitkan 2,416 responden dari 11 hingga 27 Julai.