Sorting by

×
Malaysia's digital communications minister Ahmad Fahmi Fadzil speaks during a news conference in Putrajaya on December 7, 2022. (Photo by Zahim Mohd/NurPhoto via Getty Images)
Hantar Berita Ini:

Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil telah mengumumkan dua pakej Rahmah 5G khas untuk rakyat dan penjawat awam.

“Bagi pakej 5G Rahmah, semua rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelan data pasca bayar 60GB serendah RM60 sebulan serta telefon pintar 5G serendah RM240,” umum Fahi menerusi hantaran Facebook.

Pakej 5G menawarkan telefon bimbit berjenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite serendah RM240 pada harga RM60 sebulan dan ia terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia

“Untuk 100,000 pembeli pertama dalam kategori B40 pula akan mendapat telefon pintar 5G tersebut dengan harga lebih rendah iaitu semurah RM120.”

Pakej ini akan berada di pasaran pada 31 Ogos dengan kontrak langganan 24 bulan dan waranti 2 tahun.

Bagi Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam pula, rebat RM10 sebulan akan diberikan untuk mana-mana pakej pasca bayar sedia ada.