Sorting by

×
Interview with Rafizi Ramli, Thursday, September 13, 2018. RAJA FAISAL HISHAN/The Star.
Hantar Berita Ini:

Golongan majikan terima baik dasar gaji progresif, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli selepas seusai sesi libat urus dengan pemegang taruh.

Industri kecil dan sederhana telah dimaklumkan berkenaan dasar ini kerana kita mahukan pandangan mereka dan setakat ini, ianya sangat positif. Tidak ada gunanya kalau saya ada idea tapi tidak mengujinya dengan pemegang taruh. Pemegang taruh terbesar adalah majikan dan ia nampaknya positif,” kata Rafizi.

Kertas dasar gaji progresif akan dibentangkan kepada Mahlis Tindakan Ekonomi Nasional (MTEN) pada hari Isnin.

Beliau berkata gaji minima tidak membantu dalam meangani isu sekarang dan turut menyumbang kepada kerencatan upah.

“Gaji minima sebenarnya merendahkan gaji pekerja berkemahiran. Ia sebenarnya digunakan sebagai panduan gaji untuk semua orang meskipun ia adalah untuk tenaga tidak mahir. Ia menutup jurang pekerja tidak mahir dengan pemegang ijazah,” katanya.

Rafizi berkata data Jabatan Statistik (DoSM) menunjukkan upah median pekerja ialah RM2600, kurang dari upah mampan hidup iaitu RM3100.

Beliau menambah upah median hanya beberapa ratus ringgit lebih tinggi dari garis kemiskinan RM2100.

“Kita ada masalah besar dan ini adalah penstrukturannya. Ia bukan mengenai pertumbuhan dan pelaburan. Ia adalah untuk memastikan pelaburan dan pertumbuhan yang dirancang dan terhasil dicerminkan dalam hidup tenaga kerja.

Rafizi menambah reformasi secara holistik diperlukan di dalam masyarakat untuk menurunkan jumlah orang yang bergantung kepada bantuan kerajaan.

“Kalau upah meningkat, itu tak bermakna takkan ada orang yang memerlukan bantuan tapi kita juga mahu mengurangkan bilangan supaya kita bolehkan sasarkan subsidi dan bantuan kerajaan dengan lebih baik.

“Jika kita tidak menyelesaikan masalah upah kita terpaksa membantu 80 peratus orang. Ini tidak akan menyelesaikan masalah.”

Dasar gaji progresif adalah usahasama empat kementerian iaitu Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian dan Kementerian Sumber Manusia.