Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim meminta kepimpinan dan ahli MIC mempercayai dirinya sebagaimana kepercayaan beliau terhadap presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.

“Percayailah saya sebagaimana saya mempercayai Vigneswaran.”

Beliau meminta para pemimpin MIC memberikannya tempoh setahun untuk menyelesaikan kemiskinan dan ini termasuk kemiskinan dalam kalangan masyarakat India.

Anwar turut menambah bahawa beliau akan membincangkan isu perwakilan MIC di dalam kerajaan dengan pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tegaskan di sini bahawa anda telah menunjukkan rasa hormat dan keyakinan anda kepada saya. Saya sangat menghargainya.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membalas dan menghormati masyarakat India dan MIC yang mewakili masyarakat ini.”